
Kita semua maklum, GST sudah dilaksanakan pada tanggal 1 April yang lalu. Dan sebelum itu, tersebarlah gambar-gambar kad 'top up' yang nilainya dimasukkan dengan GST. Kastam menafikan perkara itu akan berlaku kerana kononnya, cukai perkhidmatan sebanyak 6% sudah dikenakan. Lihat di sini. Tetapi, pada tanggal 1 April, nilai 'top up' telah pun dinaikkan kerana dimasukkan GST. Contoh, sekiranya anda ingin membeli 'top up' sebanyak RM10, anda terpaksa menambah 60 sen lagi, Dan, di peringkat awal, Kastam cuba menyalahkan syarikat telco kononnya tidak ikut arahan. Tetapi, akhirnya, Kastam bersetuju untuk mengenakan GST terhadap nilai 'top up' setelah diadakan perbincangan dengan syarikat telco sambil mengatakan akan dikaji semula. Nampak sangat Kastam lebih mementingkan keuntungan syarikat telco berbanding keperluan rakyat.
Kastam cuba bermain ayat 'akan dikaji semula'. Bagus percubaan itu.
28 April, Kastam cuba menenangkan rakyat Malaysia dengan mengarahkan nilai 'top up' untuk kembali ke kadar asal sebelum GST berkuat kuasa 1 Mei. Maka rakyat Malaysia pun bergembiralah akan perkhabaran itu. Belum pun masuk bulan Mei, Kastam menangguhkan pula arahan tersebut. Apa ini!!!???
Kalau tak bersedia untuk GST, cakaplah tak sedia. Janganlah memeningkan rakyat jelata. Tak hairanlah kalau Dr. M sendiri pun mengkritik GST. Lepas Dr. M kritik, cakap Dr. M tak pandai. Tidakkah itu menunjukkan kebodohan? Bila Pakatan Rakyat cabar, tak nak sahut. Lepas itu salahkan Pakatan. Macam jagoan kampung pula. Bila orang undi Pakatan, tahu marah. Lain kali, dengarlah sesekali kritikan. Jangan selalu dengar puji-pujian. Takut membawa rebah.
p/s:
Sudah terkenal kerana kenyataan-kenyataan 'genius'nya mengenai GST. Kan dah tak boleh cakap. Haha....
1.5.2015 M bersamaan 12.7.1436 H (7:32 PM)
No comments:
Post a Comment