Friday 1 May 2015

Menahan Sabar: GST dan Topup

Saya kira ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan telefon bimbit. Dan ramai pula yang melanggan perkhidmatan prabayar untuk telefon bimbit mereka. Jadi, ramai pula yang kenal akan istilah 'top up' atau tambah nilai apabila mereka sudah kehabisan kredit. Tetapi saya bukan hendak bersyarah tentang ini. Tenang-tenangkan diri, kerana saya ingin mengkritik kerajaan dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST (Goods and Services Tax) dalam 'top up'.

 http://1.bp.blogspot.com/-iVCdjn0nQ0Q/VPfhFP4ejdI/AAAAAAAAouo/9AEaDDDkcCs/s1600/topap.jpg

Kita semua maklum, GST sudah dilaksanakan pada tanggal 1 April yang lalu. Dan sebelum itu, tersebarlah gambar-gambar kad 'top up' yang nilainya dimasukkan dengan GST. Kastam menafikan perkara itu akan berlaku kerana kononnya, cukai perkhidmatan sebanyak 6% sudah dikenakan. Lihat di sini. Tetapi, pada tanggal 1 April, nilai 'top up' telah pun dinaikkan kerana dimasukkan GST. Contoh, sekiranya anda ingin membeli 'top up' sebanyak RM10, anda terpaksa menambah 60 sen lagi, Dan, di peringkat awal, Kastam cuba menyalahkan syarikat telco kononnya tidak ikut arahan. Tetapi, akhirnya, Kastam bersetuju untuk mengenakan GST terhadap nilai 'top up' setelah diadakan perbincangan dengan syarikat telco sambil mengatakan akan dikaji semula. Nampak sangat Kastam lebih mementingkan keuntungan syarikat telco berbanding keperluan rakyat.

Kastam cuba bermain ayat 'akan dikaji semula'. Bagus percubaan itu.

28 April, Kastam cuba menenangkan rakyat Malaysia dengan mengarahkan nilai 'top up' untuk kembali ke kadar asal sebelum GST berkuat kuasa 1 Mei. Maka rakyat Malaysia pun bergembiralah akan perkhabaran itu. Belum pun masuk bulan Mei, Kastam menangguhkan pula arahan tersebut. Apa ini!!!???

Kalau tak bersedia untuk GST, cakaplah tak sedia. Janganlah memeningkan rakyat jelata. Tak hairanlah kalau Dr. M sendiri pun mengkritik GST. Lepas Dr. M kritik, cakap Dr. M tak pandai. Tidakkah itu menunjukkan kebodohan? Bila Pakatan Rakyat cabar, tak nak sahut. Lepas itu salahkan Pakatan. Macam jagoan kampung pula. Bila orang undi Pakatan, tahu marah. Lain kali, dengarlah sesekali kritikan. Jangan selalu dengar puji-pujian. Takut membawa rebah.

p/s:
 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5c/Ahmad_Maslan.jpg/220px-Ahmad_Maslan.jpg
Sudah terkenal kerana kenyataan-kenyataan 'genius'nya mengenai GST. Kan dah tak boleh cakap. Haha....



1.5.2015 M bersamaan 12.7.1436 H (7:32 PM)

Thursday 16 April 2015

Pendahuluan

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن استمسك بسبيلهم وبعد

Blog ini sengaja dicipta sempena mendapat telefon bimbit Lenovo A526 pada bulan Disember yang lalu. Blog ini adalah untuk menggantikan blog 'izzatussaurah' yang saya sudah lupa kata laluannya. Maklumlah, sibuk dengan akademik dan akhirnya mendapat keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Alhamdulillah.

Blog ini akan saya isi dengan tulisan-tulisan yang memberi manfaat dengan izin Allah. Oleh itu, berdoalah kepada saya agar dapat terus istiqamah dalam menulis dalam blog di samping untuk perjalanan STAM 2015 yang sedang saya harungi.

Tiada kekuatan dan daya melainkan dariMu ya Allah.

16.4.2015 M bersamaan 26.6.1436 H (10:58 PM)