Wednesday 22 August 2018

Impian untuk Sebuah Sistem Pengangkutan Awam yang Cekap Berkecai?

Kesungguhan kerajaan terdahulu untuk memperkasakan pengangkutan awam telah menyebabkan aku berubah haluan politik. Sejak dari sekolah menengah lagi, aku mengimpikan sistem pengangkutan awam yang cekap dan sistematik, sejurus selepas pulang dari Singapura. Kebergantungan aku kepada pengangkutan awam pula makin bertambah apabila masuk universiti, di mana seringkali aku berulang-alik dari rumah ke universiti menaiki KTM Komuter ketika hujung minggu.

Masakan tidak, hal ini boleh dilihat dari projek-projek kerajaan terdahulu:

-Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar

-Naik taraf Landasan Berkembar Lembah Klang @ KVDT (status: sedang berjalan)

-East Coast Rail Link (status: dibatalkan)

-Elektrifikasi Landasan Berkembar Gemas-Johor Baharu

-High Speed Rail Malaysia-singapura (status: tidak diketahui)

-Penubuhan Prasarana Malaysia Bhd dan pengambilalihan aset LRT, bas dan Monorail dari Putra-LRT, Star-LRT, Intrakota dan KL Infra Group (semua projek ini diisytihar bangkrap sebelum diambil alih oleh kerajaan melalui Prasarana)

-Penyambungan laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang

-LRT 3 Bandar Utama-Klang (status: dikurangkan saiz tren dan bilangan stesen)

-MRT Sungai Buloh-Kajang

-MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya

-MRT Circle Line (status: dibatalkan)

Sebelum PRU14 lagi, aku berharap pemerintahan yang ada dikekalkan agar projek-projek yang sedang dalam proses pembinaan dapat disiapkan. Namun, terjadi apa yang telah terjadi.

Selepas PRU14, aku juga berharap agar kerajaan meneruskan projek pengangkutan awam yang telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu. Namun, MRT 3 dibatalkan, LRT 3 dikurangkan saiz tren dan bilangan stesen, dan lebih sedih, ECRL dibatalkan. Dengan pembatalan ECRL, penduduk Pantai Timur tidak dapat menikmati perkhidmatan kereta api yang setaraf dengan ETS, tidak seperti penduduk di Pantai Barat. ECRL pula sudah 20% siap!


Namun, Menteri Pengangkutan berkata perkhidmatan rel di Pantai Timur akan dinaiktaraf. Harapnya dapatlah bina sekali landasan kereta api di Terengganu, sebab Terengganu satu-satunya negeri yang tiada landasan kereta api di Semenanjung Malaysia.

Harap Kementerian Pengangkutan mengambil perhatian.